Masa ambil gambar robot ni circuit xde lagi.. Sebab tuan punya robot nak pasang circuit kat JTM Taiping kalau xsilap.. DH Robotic & Automation ada buka booth kat sana semperna ada game tertutup kat sana.. Robot combat ni telah di design dengan konsep pacuan belakang.. Starter motor tu kena letak tengah untuk mengimbangi berat depan dan belakang robot ni.. Pengalaman sepanjang menggunakan starter motor ni, kalau pacuan belakang tapi depan xcukup berat robot ni boleh buat wheely (fulamek!!).. Motor starter ni laju tapi tork kurang.. Kalau nak buat robot main drift pun best guna starter motor.. Bawah ni ada lagi beberapa gambar robot ni..
Pandangan hadapan robot
Pandangan hadapan semasa flipper robot ni dibuka.. Boleh nampak ada 2 pneumatic yang digunakan..
Pandangan penjuru kiri robot semasa flipper robot dibuka.. Boleh nampak juga starter motor yang digunakan..
Pandangan penjuru kanan robot semasa flipper ditutup
Pandangan belakang robot
Nanti kalu sempat aku akan tunjuk robot ni yang siap dipasang circuit.. Kalau ada video aku akan upload sekali.. Kita tengok betul ke tak robot ni mantop.. hehe.. Sampai sini dahulu entri kali ni..
Wassalam.....
2 comments:
Hehe, orang pertama bagi comment.Design robot yang smart.Guna aluminium angle sahaja.Part yang paling diminati tang flipper tu.Sbb guna cylinder untuk jack opponent.mmg power!controller guna apa?
haha.. robot ni untuk menguji board yg DH buat.. sebelum ni untuk jalan guna sabertooth motor driver.. lps tu DH guna board baru dorg yg dnamakan WID-01.. flipper tu guna electronic speed control (ESC) je untuk trigger solenoid untuk cylinder tu.. tp gas cpt hbs la sbb guna 2 cylinder.. haha
Post a Comment